Saturday, May 31, 2014

Pengalaman Pesakit - Ovarian Cycst

Pesakit ini mempunyai ketumbuhan ovarian cycst. Beliau mendapatkan rawatan yang konsisten di klinik kesihatan dan juga dapat mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Setelah menjalani rawatan beberapa kali dan mengamalkan surah-ayat yang diberi, pesakit datang membawa gambar daripada pemeriksaan "ultra sound" yang menunjukkan "cycst" beliau sudah tiada. Alhamdulillah.

Friday, May 30, 2014

Pengalaman Pesakit - Kanser Tirod

Pesakit ini telah disahkan mengalami kanser tirod. Beliau dijadualkan membuat pembedahan, kemudian Pesakit ini telah pergi mendapatkan rawatan dengan al hidayah. Pesakit ini. mengamalkan surah-ayat2 yang diberi dengan konsisten. Pembedahan diteruskan dan berjalan lancar. Keputusan yang mengejutkan diterima daripada pihak makmal apabila sampel sel yg dibedah dan dihantar ke makmal tidak mempunyai ciri-ciri kanser. Alhamdulillah.  Pesakit ini. masih terus beramal dengan membaca Al Quran dan berdoa, semoga Pesakit ini pulih daripada sakit kanser sepenuhnya, amin.

Pengalaman Pesakit - Gangguan Jin

Pesakit ini mengalami masalah gangguan makhluk halus. Beliau pernah pengsan dan tidak dapat aktif semasa di sekolah. Setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan surah-ayat yg diberikan, Alhamdulillah Pesakit ini telah pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan yang normal seperti rakan sebaya yang lain.

Pengalaman Pesakit - Kanser Yang Jenis Agresif.

Dua pesakit yang mengidap penyakit kanser yang jenis agresif. Semasa menjalani rawatan di hospital, mereka juga mendapatkan rawatan di al hidayah. Al fatihah untuk mereka, Allah telah menjemput mereka dalam bulan Mei 2014. Kita hanya berikhtiar, Allah yang menyembuhkan. Kita mesti redha dengan ketentuan Allah.

Pengalaman Pesakit - Gangguan Jin

Pesakit ini. sering mengalami gangguan  semasa tidur., beliau merasakan dikejar oleh makhluk yg ingin membunuhnya, Pesakit ini sering terjaga daripada tidur dan trauma untuk tidur. Setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan ayat-ayat yang diberi, Alhamdulillah beberapa minggu kemudan, Pesakit ini  telah pulih sepenuhnya.

Pengalaman Pesakit - Ketumbuhan Dibelakang Mata

Pesakit ini mempunyai ketumbuhan dibelakang mata. Ianya perlu pembedahan utk mengeluarkan ketumbuhan tersebut. Penglihatan Pesakit ini semakin terjejas. Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan ayat2 yang diberi , didapati ketumbuhan itu menjadi lembut, prosedur pembedahan digantikan dengan prosedur sedut melalui hidung sahaja. Penglihatan Pesakit ini semakin pulih.

Pengalaman Pesakit - Keracunan Makanan

Pesakit ini mengalami keracunan makanan dan buang air daripada masa ke semasa. Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan ayat-ayat yang diberi daripada Surah Anfal, Pesakit ini pulih.

Pengalaman Pesakit - Bayi Pra Matang

Alhamdulillah setelah mengamalkan ayat yang diberi daripada surah maryam, Pesakit ini telah berjaya melahirkan anaknya dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.