Monday, January 28, 2013

Pengalaman Rawatan Al Hidayah Di Mekah

Saya Nik Nashron bin Abdul Aziz dari Kota Bharu, Kelantan. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya berubat dengan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Saya bermula mengenali Haji Lokman di Mekah pada tahun 2002. Pada masa itu saya pergi ke sana kerana menziarahi arwah ayah yang sedang dalam keadaan koma di Hospital King Abd Aziz, Mekah akibat serangan jantung sewaktu musim mengerjakan haji.

Hari pertama saya menziarahi ayah saya beliau dalam keadaan koma akibat serangan jantung. . Saya telah berdoa bersungguh-sungguh dihadapan Kaabah memohon pertolongan daripada Allah .

Alhamdullilah pada hari kedua saya dipertemukan degan Hj. Lokman sewaktu dijemput makan tengahari di rumah salah seorang kenalan yang tinggal di sana. Hj. Lokman telah bertanya khabar kedatangan saya ke Mekah dan saya menceritakan segalanya. Hj. Lokman ingin membantu dan seterusnya selepas itu kami telah pergi ke hospital.

Di dalam Wad ICU, saya diminta membaca Quran sementara Hj. Lokman membantu memulihkan keadaan ayah saya. Beliau membuat pembedahan cara batin di kepala ayah saya. Beliau memberitahu ada pendarahan berlaku dibahagian dalam otak ayah saya. Tidak dapat saya lupakan apabila saya melihat di mesin bacaan jantung di icu, bagaimana bacaan nadi jantung ayah saya yg pada waktu itu kritikal berada pada 120++ telah turun dan stabil pada 80++.

Saya dimaklumkan oleh Hj. Lokman bahawa situasi ayah saya memerlukan 5-6 kali ulangan perubatan namun Hj. Lokman akan kembali ke Malaysia keesokkan hari. Saya diminta membaca beberapa ayat-ayat Al Quran yang diberikan kepada saya, dan Hj. Lokman berpesan sekiranya Allah menjemput ayah saya nanti saya perlu redha. Hj. Lokman juga memesan agar saya lakukan banyak solat hajat dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosa ayah saya.

Alhamdullilah, keesokkan harinya apabila saya datang melawat ayah saya, beliau telah sedar dari komanya. Beliau dapat mengecam saya tapi beliau nampak berada dalam keadaan kesakitan yang amat sangat.

Jururawat yang bertugas memaklumkan keadaan ayah saya stabil. Seterusnya saya diminta menandatangani borang kebenaran untuk pembedahan untuk memasukkan saluran pernafasan terus ke bahagian kerongkong kerana khuatir sekiranya saluran pernafasan terus dimasukkan ke dalam mulut, akan memberi mudarat kepada bahagian mulut. Ini disebabkan ayah saya bernafas dengan menggunakan oksigen. Telah ditakdirkan pembedahan tersebut bermasalah dan ayah saya kembali tidak sedarkan diri. Matanya tidak bergerak dan beliau berada dalam keadaan koma.

Saya membaca ayat-ayat Al-Quran yang diberikan oleh Hj. Lokman pada setiap petang. Semasa melawat ayah saya membacakan Surah Yasin disisi beliau dan berulang-ulang kali mengajar beliau mengucap. Saya cuba berbual-bual walaupun ayah saya tiada respon. Cuma semasa bacaan Yasin dibacakan, nampak anak matanya bergerak laju.

Setelah dua minggu berlalu, saya menelefon Hj. Lokman. Ketika itu sekitar waktu maghrib dan saya berada dihadapan Kaabah. Hj. Lokman memberikan ayat-ayat Al Quran yang baru untuk saya amalkan.

Pada suatu petang semasa lawatan saya ke hospital, jururawat memberitahu pembedahan kali kedua dilakukan dan ianya berjaya. Saya bersyukur kepada Allah SAW.

Begitulah rutin saya setiap petang. Visa ziarah saya hanya untuk 20 hari. Tidak sampai seminggu sebelum tamat visa, saya dimaklumkan ayah saya terkena jangkitan kuman di hospital. Keadaan beliau kembali tenat. Saya cuba untuk menambah tempuh visa tetapi gagal. Saya terpaksa pulang ke Malaysia.

Setelah 10 hari di Malaysia, saya tiba-tiba merasakan pening yang amat sangat semasa berada di ofis. Saya meminta cuti dan balik ke rumah dan membaca Surah Yaasin untuk ayah saya. Selepas membaca Surah Yasin saya berasa tenang. Dua hari selepas itu saya menerima telegram memaklumkan ayah saya telah meninggal dua hari lepas. Inallilah... pihak tabung haji dengan telah menguruskan jenazah ayah saya.

Saya teringat kata-kata ayah saya selepas dia pulang mengerjakan haji kali kedua bahawa dia ingin membawa saya ke Mekah bersama-sama beliau. Saya terima takdir kematian ayah saya walaupun tiada apa yang dapat mengganti kehadiran seorang ayah untuk anaknya. Tetapi saya bersyukur kerana Allah telah menjemput saya ke Mekah dan juga memperkenalkan saya kepada Perubatan Syifa Al Hidayah.

Setelah kembali ke Malaysia. saya cuba menghubungi Hj Lokman. Teringin sekali saya berjumpa beliau untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan beliau. Kali pertama saya ke rumah beliau di Bukit Antarabangsa ialah pada hari sabtu. Saya melihat ramai orang disana. Saya perlu mengambil nombor giliran dan setelah menunggu beberapa jam baru saya dapat berjumpa dengan beliau.

Kini saya masih berhubung dengan beliau. Sejak balik daripada Mekah, saya makin dekat dengan Al Quran. Saya juga mengidap sakit asma. Saya selalu berdoa agar Allah memberikan kesembuhan pada sakit asma yg saya alami.

Alhamdullilah selepas berubat dengan Syifa Al Hidayah, sakit asma saya berkurangan dengan banyak sekali. Pada masa kini saya masih teruskan mengamalkan ayat-ayat Al Quran untuk serangan sakit asma.

Melalui cara perubatan Syifa Al-Hidayah ini, saya rasa seronok kerana proses perubatan ini banyak memerlukan saya membaca ayat-ayat Al Quran. Dengan sendirinya membuat saya lebih dekat dengan Al-Quran dan dekat dengan Allah SAW. Melalui pembacaan Al-Quran ini saya mendapat ketenangan dan dengan tidak disedari, hati dan jiwa saya tenang.

Saya juga telah memperkenalkan perubatan Syifa Al-Hidayah ini kepada sedara mara dan sahabat handai. Niat saya supaya disamping berubat kita semua dapat kembali kepada Al Quran dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Keredhaan Allah adalah matlamat saya.Artikel ini saya tulis sekitar tahun 2002.


Alhamdulillah sejak bermula tahun 2012, saya telah mula belajar menjadi seorang perawat dan membantu mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Cawangan Pusat Rawatan Al Hidayah. Semoga usaha ini diberkati dan mendapat rahmat daripada Allah. Amin.







Nik Nashron bin Abdul Aziz
Kota Bharu, Kelantan







Terapi Doa



Simptom Gangguan Jin



Jin Sangat Kreatif



Merawat Diabetes



Doa Mohon Zuriat (1)



Doa Mohon Zuriat (2)



Pemakanan Cegah Kanser



Kanser - Bukti Cinta Seorang Suami



Kanser - Diriku Berharga