Tuesday, December 15, 2015

Hadis Nabi - Gangguan Jin Ifrit

🔴Assalamualaikom Ustaz. Semoga Ustaz sihat walafiat. kemushkilan saya,apa pandangan Ustaz dan pandangan Syara' tentang perawat yang mendakwa boleh menangkap, mengusir, mengislamkan, memindahkan dan membunuh jin dan sekutunya sebagai kaedah dan proses rawatan mereka. Mohon pencerahan dari Ustaz. Terima kasih.

KISAH PERTEMPURAN RASULULLAH DENGAN JIN AFRIT.

Kisah Baginda Bertempur dengan Jin ketika Israk dan Mikraj.

Ketika Rasulullah  Israk dan  Mikraj dengan mengendarai Buraq dengan disampingi oleh malaikat Jibril, tiba-tiba baginda melihat Ifrit dari bangsa Jin yang mengejar baginda dengan semburan (energi) api, setiap Nabi menoleh baginda melihat Ifrit itu terbang mengekori untuk mencelakakan Nabi SAW dengan terus-menerus menyemburkan (energi) Api dari peralatan obor yang dibawah Jin Ifrit itu. Kemudian Jibril berkata: "Tidakkah aku ajarkan kepada anda beberapa kalimat, jika anda baca maka akan memadamkan apinya dan terbalik kepada wajahnya lalu dia binasa (hancur lebur)?"

Kemudian Jibril AS memberitahukan doa tersebut kepada Rasulullah.

Doa nya yang bermaksud : "Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang."

Setelah Nabi Muhammad SAW  membaca doa tersebut, maka jin Ifrit yang mengekori baginda jatuh tersungkur lalu binasa dan obornya padam.(HR. Bukhari)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :
1. Jin dapat Terbang.

2. Jin  mempunyai teknologi canggih di alamnya (Obor yang boleh) menyemburkan api yang dapat membakar tubuh manusia)

3. Jibril menjadi pelindung kepada Rasulullah SAW yang mendampingi baginda lalu memberikan petunjuk dan arahan pada Baginda Nabi ketika bertempur dengan Jin Afrit.

4. Doa boleh menjadi senjata untuk menghancurkan jin

Rasulullah SAW bertempur dengan jin ketika Solat.

"Sesungguhnya syatan merintangiku dan berbuat kasar kepadaku untuk merosak solatku, namun aku diberi kekuatan oleh Allah untuk mengalahkannya hingga aku pun mencekiknya. Sungguh muncul dalam diriku keinginan untuk mengikatnya pada salah satu tiang di masjid hingga pagi agar kamu dapat menyaksikannya. Namun tiba tiba aku teringat ucapan saudaraku, Sulaiman, "Ya Tuhanku ampunilah aku dan berikanlah aku kerajaan ang tak layak buat seorangpun sesudahku" (QS Shad:35, Sy). Maka Allah pun menolaknya dalam kehinaan ". (HR Al Bukhari dan Muslim. Lihat shahih Al Bukhori Juz 1 Halaman 209 dan shahih Muslim Juz 1 Halaman 242)

An-Nasa`i meriwayatkan atas syarat (perawi) al-Bukhari, dari Aisyah radhiyallahu 'anha: 'Sesungguhnya Nabi SAW solat, lalu syaitan datang, maka baginda memegangnya, menjatuhkannya, lalu mencekiknya. Rasulullah SAW bersabda:

-          (( حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ لِسَانِهِ عَلَى يَدِي, لَوْلاَ دَعْوَةُ سُلَيْمَانَ لَأَصْبَحَ مُوْثَقًا حَتَّى يَرَاهُ النَّاسُ ))

'Hingga aku merasakan dingin lisannya di atas tanganku. Kalau bukan kerana doa nabi Sulaiman  nescaya ia tetap diikat hingga orang-orang melihatnya.'[ Ibnu Hibban 2350, an-Nasa`i dalam al-Kubra 11439, ath-Thabrani dalam al-Ausath 8219]

Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari hadis Abu Sa'id t, dan padanya: 'Aku menurunkan tanganku, aku tetap mencekiknya hingga aku merasakan dingin air liurnya di antara dua jemariku ini iaitu ibu jari dan yang di sampingnya (telunjuk).'

"Rasulullah SAW berdiri melakukan solat lalu kami dengar baginda mengatakan "Aku berlindung kepada Allah darimu". Setelah itu baginda mengatakan: "Aku melaknat kamu dengan laknat Allah" sebanyak tiga kali seraya menjulurkan tangannya seakan akan baginda menggapai sesuatu. Ketika baginda telah selesai solat, kami bertanya: "Ya Rasulullah, tadi kami mendengar engkau mengucapkan kata - kata yang belum pernah kami dengar dari engkau

mengucapkan itu sebelumnya dan kami pun melihat engkau mengulurkan tanganmu". Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya musuh Allah, iblis datang membawa obor api hendak diletakkan diwajahku, lalu aku berkata: "Aku laknat engkau dengan laknat Allah yang sempurna". maka iblispun mundur sebanyak tiga langkah. Aku bermaksud menangkapnya. Demi Allah sekiranya bukan kerana doa saudaraku Sulaiman, nescaya pagi harinya ia benar - benar terikat dan dapat dijadikan mainan anak - anak Madinah". (HR Muslim Juz 1 Halaman 244)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :

1. Jin dapat mengganggu manusia ketika solat

2. Jin dapat dikalahkan dalam pertempuran jarak dekat

3. Jin dapat disakiti / dicekik

4. Air liur Jin itu dingin

5. Sahabat Nabi tidak melihat bahwa Baginda sedang berkelahi dengan jin (jinnya berbentuk ghaib) maka manusia boleh menyakiti jin walaupun jin berwujud ghaib.

6.  Iblis dapat membakar manusia dengan energi api

7. Doa ruqyah yang dibacakan dapat membuat Iblis mundur dan dikalahkan.

8. Jin dapat diikat dan dapat terlihat manusia hingga boleh menjadi maninan anak-anak Madinah.

Dalam kisah yg lain seorang sahabat Abu Hurairah yg menjaga Baitulmal pernah menangkap beberapa kali syaitan yang menyamar seperti org tua yg miskin yg mencuri buah kurma. Apabila nak di bawa kpd Nabi SAW si syaitan ini memberikan ayat Kursi unt di amalkan sebelum tidur akan terlindung dari ganggun syaitan semasa tidur. Ada pengamal perubatan islam yg boleh tangkap jin berbentuk ghaib di masukkan ke dlm botol masih boleh di pertikaikan kerana kita sendiri tak nampak.

Sedangkan Nabi SAW sendiri yg mampu tidak lakukan kerana menghormati doa Nabi Sulaiman a.s. Jika halau dan bakar jin yg menganggu boleh terjadi kerana ayat2 al - Quran mempunyai mukjizat yang tersendiri.

Mengislamkan pernah terjadi kpd jin kafir yang merasuk si sakit dan pujuk supaya dia keluar adalah cara yg biasa di lakukan oleh pengamal perubatan islam.

Sunday, November 29, 2015

Konsep Penyembuhan Bagi Masalah Gangguan Sihir, Saka, Gangguan Jin


Ingat Allah Maha Kuasa melebihi segala-galanya. Yakin dan berserah sepenuhnya kepada Allah dengan usaha dan doa kita. Ingat Jin juga makhluk Allah yang tiada daya upaya tanpa izin daripada Allah. Sabar redha dan konsisten dalam berikhtiar dan berdoa kepada Allah. Ingat ujian ini sebagai satu ujian drpd Allah. Allah mengikut sangkaan hambanya, Kita kena bersangka baik kepada Allah melalui ujian tersebut,


Monday, November 16, 2015

Sembuh daripada Gangguan Jin/Syaitan.


Kesembuhan adalah daripada Allah. kita perlu berusaha mempertingkatkan amalan, keimanan, ketaqwaan dan ikhlas beribadat kerana Allah, sifat ikhlas ini akan membantu in sya allah.

Surah Untuk Ketenangan

1. Rasa Sedih/Pilih/Tidak Tenang - amalkan membaca surah muhammad ayat 21-32 dan berdoa kepada Allah.


2. Merasa gelisah/pemarah/geram/etc - amalkan membaca surah toha ayat 120-135 dan berdoa kepada Allah.

Masalah Berkaitan Dengan Tulang

Mengamalkan membaca Surah Qaf ayat 16-45 dan berdoa adalah sebahagian drpd rawatan utk masalah tulang. Ada pesakit warga emas di KL memberikan testimonial , tulang patah beliau sembuh dan dibuktikan dengan gambar xray sebelum dan selepas.

Penyakit dan Kaitan Dengan Sistem Imun

Penyakit-penyakit seperti Aids, SLE dan Rhemutod Athritis berlaku apabila ada masalah pada sistem imun tubuh. Al Quran adalah ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Beramal dgn Al Quran dan berdoa in sya allah merupakan salah satu ikhtiar dalam merawat penyakit2 tersebut.

Mohon Petunjuk

Surah an nur ayat 35-40 dibaca sebanyak 3 kali setiap hari kemudia berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk kepada masalah-masalah yang dihadapi yang masih lagi buntu jalan penyelesaiannya.