Sunday, November 29, 2015
Konsep Penyembuhan Bagi Masalah Gangguan Sihir, Saka, Gangguan Jin
Ingat Allah Maha Kuasa melebihi segala-galanya. Yakin dan berserah sepenuhnya kepada Allah dengan usaha dan doa kita. Ingat Jin juga makhluk Allah yang tiada daya upaya tanpa izin daripada Allah. Sabar redha dan konsisten dalam berikhtiar dan berdoa kepada Allah. Ingat ujian ini sebagai satu ujian drpd Allah. Allah mengikut sangkaan hambanya, Kita kena bersangka baik kepada Allah melalui ujian tersebut,
Monday, November 16, 2015
Sembuh daripada Gangguan Jin/Syaitan.
Kesembuhan adalah daripada Allah. kita perlu berusaha mempertingkatkan amalan, keimanan, ketaqwaan dan ikhlas beribadat kerana Allah, sifat ikhlas ini akan membantu in sya allah.
Surah Untuk Ketenangan
1. Rasa Sedih/Pilih/Tidak Tenang - amalkan membaca surah muhammad ayat 21-32 dan berdoa kepada Allah.
2. Merasa gelisah/pemarah/geram/etc - amalkan membaca surah toha ayat 120-135 dan berdoa kepada Allah.
2. Merasa gelisah/pemarah/geram/etc - amalkan membaca surah toha ayat 120-135 dan berdoa kepada Allah.
Masalah Berkaitan Dengan Tulang
Mengamalkan membaca Surah Qaf ayat 16-45 dan berdoa adalah sebahagian drpd rawatan utk masalah tulang. Ada pesakit warga emas di KL memberikan testimonial , tulang patah beliau sembuh dan dibuktikan dengan gambar xray sebelum dan selepas.
Penyakit dan Kaitan Dengan Sistem Imun
Penyakit-penyakit seperti Aids, SLE dan Rhemutod Athritis berlaku apabila ada masalah pada sistem imun tubuh. Al Quran adalah ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Beramal dgn Al Quran dan berdoa in sya allah merupakan salah satu ikhtiar dalam merawat penyakit2 tersebut.
Mohon Petunjuk
Surah an nur ayat 35-40 dibaca sebanyak 3 kali setiap hari kemudia berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk kepada masalah-masalah yang dihadapi yang masih lagi buntu jalan penyelesaiannya.
Hajat Yang Sukar
Untuk hajat yang sukar diperolehi amalkan membaca surah al hajj ayat 40-55 setiap hari 3 kali dan berdoa kpd Allah.
Gangguan Syaitan Pada Diri
Jin wujud tidak berjasad seperti manusia, maka jin jahat (syaitan) tidak mampu mengerakkan manusia utk melakukan sesuatu sebaliknya hanya menyeru/membisik kpd diri manusia melalui keinginan2 yg ada utk manusia itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)