Busung terjadi apabila berlaku sekatan dalam usus yang menyebabkan perut pesakit kembung. Pesakit akan mengalami masalah utk makan, kentut dan sebagainya. Alhamdulillah selepas dirawat dan pesakit mengamalkan ayat-ayat yang diberi pesakit semakin pulih.
Sunday, August 3, 2014
Rawatan Untuk Wabak Denggi
1. amal baca surah an nahli ayat 81-89 dan surah khafi ayat 75-83
2. Boleh amal makan pucuk betik yg berwarna hijau muda, 2-3 kali sehari. Kajian daripada IMR membuktikan pucuk betik berkesan untuk melawan virus daripada nyamuk denggi, inshallah.
Sunday, June 15, 2014
Pengalaman Pesakit - Masalah Jantung Tersumbat
Pesakit ini disahkan mendapat masalah jantung tersumbat dan mendapatkan rawatan berkala di hospital. Pesakit diberi ayat daripada surah al-Isra' ayat 40-55 dan beberapa ayat2 lain untuk diamalkan. Pesakit memaklumkan kesakitan dibahagian dada telah tiada. Pesakit masih mendapatkan rawatan di Hospital dan juga di Pusat Rawatan Islam Al hidayah.
Kimoterapi
Ada 50 ubat antikanser
http://www.hmetro.com.my/articles/Ada50ubatantikanser/Article
Oleh Siti Zarinah Sahib
Penulis pernah bertemu pesakit kanser payudara yang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi sehingga mampu menjalani kehidupan lebih baik daripada apa yang dijangka. Walaupun mengalami beberapa gejala seperti keguguran rambut sehingga botak, muntah yang teruk dan mengalami kepanasan badan melampau, wanita ini tetap melaluinya sehingga sel kanser tiada lagi di dalam badannya.
Keadaan ini berbeza dengan seorang pesakit kanser yang menolak untuk menjalani kemoterapi disebabkan pelbagai anggapan buruk. Dia hanya bersedia menjalani rawatan tradisional dan mengambil ubat-ubatan doktor saja.
Memperkatakan kemoterapi sudah cukup menyebabkan individu menggeleng kepala sebagai tanda takut atau tidak bersedia terutama bagi penghidap kanser. Bagi yang belum melalui rawatan ini, pasti membayangkan kesan sampingan seperti keguguran rambut, loya dan muntah yang teruk, demam dan panas badan melampau. Jarang sekali pesakit memberikan gambaran positif mengenainya, jika ada hanya mereka yang bernasib baik dan dapat melalui kesan berbeza.
Disebabkan gambaran negatif mengenai kesan sampingan yang teruk akibat kemoterapi, sering kali ia dijadikan alasan pesakit untuk mengelak daripada mendapatkan rawatan. Namun sebenarnya tidak semua pesakit akan melalui kesan sama seperti yang digambarkan.
Disebabkan gambaran negatif mengenai kesan sampingan yang teruk akibat kemoterapi, sering kali ia dijadikan alasan pesakit untuk mengelak daripada mendapatkan rawatan. Namun sebenarnya tidak semua pesakit akan melalui kesan sama seperti yang digambarkan.
Menurut Perunding Klinikal Onkologi Hospital Pakar Damansara Dr Sangeetha Poovaneswaran, rawatan kemoterapi akan diberikan kepada pesakit kanser bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi mereka.
Rawatan ini dilakukan menggunakan ubat-ubatan antikanser yang diberikan untuk memusnah dan mengawal sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah sehingga ke seluruh badan untuk membunuh semua sel termasuk sel kanser yang tidak dapat dibuang melalui pembedahan atau dimusnahkan oleh rawatan radioterapi.
Kaedah pemberian kemoterapi bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi dan jenis ubat yang digunakan. Biasanya kemoterapi diberikan melalui dua cara iaitu melalui mulut, suntikan ke dalam salur darah sama ada menggunakan jarum suntikan atau infusi (drip). Ubat kemoterapi juga boleh diberikan melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit. Kadangkala ia boleh disuntik ke dalam tulang belakang, paru-paru atau pundi kencing, jika rawatan ini diperlukan bergantung kepada jenis kanser.
Pesakit juga mungkin menerima satu atau pelbagai jenis ubat pada masa berbeza. Ubat-ubatan yang diberikan mungkin dalam bentuk tablet atau suntikan atau kedua-duanya sekali.
“Dalam bidang perubatan, terdapat hampir 50 jenis ubat-ubatan antikanser dan dikategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan ataupun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat sekali gus. Ia juga dijalankan menerusi kaedah suntikan atau pemberian ubat makan bergantung kepada tahap kanser yang mereka hadapi,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Secara amnya, semua ubat kemoterapi berfungsi mematikan sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel.
“Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel kanser melalui pelbagai kaedah seperti mengikat (cross-linking) ataupun memotong DNA itu. Akibat kerosakan DNA ini, maka sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel kanser yang cepat membiak. Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan antara sel kanser dan sel normal yang juga cepat membiak seperti sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutama ovari, sel rambut dan juga sel sum-sum tulang. Sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi. Bagaimanapun dengan kaedah rawatan terancang dan teliti oleh pakar, kesan ini dapat diminimumkan malah jika sekiranya berlaku ia lebih bersifat sementara,” katanya.
Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain seperti radioterapi dan pembedahan mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan.
Menurut Dr Sangeetha, sebelum pesakit menjalani kemoterapi, doktor yang merawat biasanya akan mengambil kira beberapa faktor sebelum menyarankan bentuk kemoterapi yang akan diberikan. Antaranya jenis kanser, lokasi kanser pada badan, sebaran sel kanser dan kesihatan secara umum.
Berdasarkan faktor ini, doktor akan menyarankan bentuk rawatan paling sesuai untuk pesakit.
Mengenai tempoh atau kitaran kemoterapi yang perlu dijalani pesakit, jelas Dr Sangeetha, satu regim kemoterapi akan diberi berdasarkan protokol rawatan yang ditetapkan. Oleh itu, kekerapan untuk mendapat kemoterapi bergantung pada protokol yang digunakan. Setiap regim biasanya membabitkan beberapa kitaran diikuti tempoh rehat di antara rawatan.
“Tempoh rehat biasanya lebih lama berbanding rawatan. Oleh itu, lebih banyak masa anda tidak diberikan kemoterapi. Tempoh rehat sebenarnya bertujuan membenarkan badan untuk menyembuhkan kesan yang tidak diingini oleh tindakan ubat-ubatan. Jika lebih banyak kitaran yang perlu anda lalui, tempoh rehat akan menjadi lebih lama atau dipanjangkan.
“Tempoh rawatan pula sangat bergantung kepada tindak balas sel kanser dengan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika sel kanser atau tumor pada badan anda mengecil dengan cepat, maka rawatan anda juga akan menjadi lebih cepat,” jelasnya.
Biasanya doktor mungkin akan memilih untuk memberi rawatan selama beberapa minggu dan kemudian memeriksa tahap kesihatan pesakit. Keseluruhannya, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghabiskan satu regim kemoterapi.
Kemoterapi memberi kesan terhadap kehidupan individu. Di samping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, pesakit juga mungkin sukar untuk bercakap apa yang mereka rasai.
“Pesakit juga mungkin mengalami masalah emosi dan tidak mahu bertemu orang ramai. Dalam hal ini, pesakit memerlukan semangat dan sokongan keluarga. Dengan memahami cara kemoterapi bertindak ke atas sel normal dan sel kanser, diharap pesakit akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampingan yang dialami sepanjang rawatan ini. Apa yang penting, pesakit perlu sentiasa berfikiran positif dan bersemangat menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
Cara mengatasi kesan sampingan
Loya dan muntah serta keguguran rambut antara kesan sampingan kemoterapi yang paling kerap berlaku dan ada ketikanya pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital untuk merawat masalah muntah.
Kesan sampingan ini sering menjadi kebimbangan pesakit dan boleh terjadi semasa atau selepas menjalani kemoterapi, tetapi biasanya kesan ini hanya sementara. Ada beberapa cara untuk mengurangkan gejala muntah antaranya:
- Minta doktor memberi ubat penahan muntah dan makan ubat ini setengah jam hingga satu jam sebelum mengambil makanan.
- Makan sedikit tetapi kerap kerana ia lebih senang dihadam berbanding mengambil makanan dalam jumlah yang banyak sekali gus. Mengelak daripada mengambil makanan untuk jangka masa yang lama (jangan biarkan perut kosong terlalu lama), selalunya tidak akan membantu.
- Elak daripada mengambil minuman dengan banyak semasa makan kerana ia akan menyebabkan pesakit rasa kembung. Minumlah secukupnya di antara masa makan untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
- Makanan yang sejuk atau suam biasanya lebih sesuai berbanding makanan panas.
- Elakkan berbaring selepas makan. Berjalan-jalan sebelum dan selepas makan boleh membantu penghadaman.
- Jika bau makanan yang dimasak menyebabkan pesakit berasa loya, mintalah orang lain menyediakannya.
Keguguran rambut yang teruk disebabkan kerosakan sementara pada folikel rambut hanya berlaku pada sesetengah ubat kemoterapi. Ada pesakit yang tidak mengalaminya.
Rambut biasanya akan mula gugur dua atau tiga minggu selepas kemoterapi bermula. Ia akan tumbuh dalam masa tiga hingga empat bulan selepas semua pusingan kemoterapi selesai. Tetapi ada sesetengah pesakit yang akan mengambil masa lebih lama iaitu enam hingga 12 bulan selepas kemoterapi berakhir. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan akibat keguguran rambut:
1. Potong rambut sebelum memulakan kemoterapi supaya kesan keguguran rambut tidak ketara.
2. Gunakan tudung atau dengan gaya yang disukai sebelum kesan keguguran rambut menjadi ketara.
3. Elak menggunakan pewarna rambut, penyembur rambut, kerinting rambut dan kepanasan melampau daripada pengering rambut. Gunakan sikat atau berus lembut dan elakkan menyikat atau memberus rambut dengan kuat.
Selain itu, pesakit juga akan sering demam disebabkan daya ketahanan badan yang lemah. Untuk itu, pesakit tidak digalakkan keluar bertemu orang ramai ketika masih dalam rawatan kemoterapi. Mereka digalakkan memilih makanan berkhasiat dan seimbang supaya sihat dan bertenaga. Tiada pantang larang bagi pesakit kanser asalkan mereka mengambil makanan seimbang mengikut gizi seimbang.
“Apa yang menjadi masalah apabila ada pesakit mengamalkan pantang larang yang tidak sepatutnya seperti tidak makan daging atau ikan, tidak makan buah dan sesetengah sayuran sehingga berat badan turun mendadak. Walaupun ketika kemoterapi mereka hilang selera makan, mereka harus mengambil makanan yang mereka sukai. Misalnya jika tidak mampu menjamah nasi, boleh makan bubur dengan kandungan protein seperti ayam atau ikan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran hijau serta buah-buahan dalam menu harian.
“Ketika rawatan, menjaga pemakanan sangat penting. Ini kerana makanan diambil akan mempengaruhi perkembangan kesihatan sama ada positif atau sebaliknya. Elakkan mendengar petua yang tidak sepatutnya, sebaliknya tanya pakar mengenai makanan yang perlu diambil,” katanya.
0 0
Gadis hampir 2 tahun tak datang haid
Gadis hampir 2 tahun tak datang haid
http://www.hmetro.com.my/articles/Gadishampir2tahuntakdatanghaid/Article
Saya berusia 19 tahun dan mengalami masalah haid. Saya masih bujang, tidak pernah melakukan hubungan kelamin serta mempunyai bacaan indeks jisim tubuh (BMI) berat badan berlebihan.
Saya tidak datang haid sejak pertengahan 2012 dan pelbagai cara dilakukan untuk merawat masalah ini dari segi tradisional hinggalah bertemu pakar perubatan. Namun jawapan yang diberikan ketika itu hanyalah hormon tidak stabil dan tiada sebarang ubat diberikan.
Sehingga Mei 2014, saya masih tidak didatangi haid. Sejak akhir-akhir ini, bahagian ari-ari terasa sakit dan faraj mengalami kegatalan yang keterlaluan.
Apakah yang harus saya lakukan kerana saya takut ia akan memberi kesan pada masa depan? Saya agak buntu untuk menyelesaikan masalah ini.
Apakah yang harus saya lakukan kerana saya takut ia akan memberi kesan pada masa depan? Saya agak buntu untuk menyelesaikan masalah ini.
Wa,
Perlis
Kitaran haid lazimnya dikawal dua hormon utama dari ovari iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen membentuk lapisan haid (endometrium) manakala progesteron pula mematangkan lapisan itu. Pematangan ini penting untuk menurunkan haid sekiranya telur tidak disenyawakan oleh sperma.
Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari tidak menghasilkan telur matang. Ini menyebabkan kurang penghasilan hormon estrogen dan tiada pula penghasilan hormon progesteron oleh ovari. Inilah yang diterangkan kepada anda sebelum ini.
Bagi kes seperti anda, pemberian ubat mengandungi hormon menyerupai progesteron dapat menurunkan haid. Bagi wanita yang ketiadaan pengeluaran telur, ia akan kelihatan seolah-olah wanita itu terpaksa bergantung kepada pil hormon ini untuk menurunkan haid.
Rawatan asas adalah untuk membesarkan telur supaya ia boleh matang dan keluar (ovulasi) bagi melengkapkan kitaran haid. Bagi kumpulan wanita yang menginginkan anak, pemberian ubat subur dalam jenis dan dos bersesuaian dapat menjayakannya. Tetapi ubat ini mungkin kurang sesuai untuk wanita yang belum berkahwin.
Satu lagi cara adalah menurunkan berat badan. Walaupun sukar diamalkan, menurunkan berat badan kepada tahap ideal lazimnya dapat mengembalikan ovulasi dan seterusnya mengembalikan aturan kitaran haid wanita. Buat permulaan, anda boleh mencuba menurunkan sebanyak lima peratus saja daripada berat badan sekarang. Ini kerana, dalam sekumpulan kecil kes, menurunkan berat badan sekecil ini dapat mengembalikan kitaran haid dan seterusnya kesuburan.
Anda juga mungkin mengalami jangkitan kemaluan yang lazimnya berada di dalam faraj. Ia mudah dirawat. Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, jangkitan ini lebih mudah berlaku.
Kitaran haid lazimnya dikawal dua hormon utama dari ovari iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen membentuk lapisan haid (endometrium) manakala progesteron pula mematangkan lapisan itu. Pematangan ini penting untuk menurunkan haid sekiranya telur tidak disenyawakan oleh sperma.
Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari tidak menghasilkan telur matang. Ini menyebabkan kurang penghasilan hormon estrogen dan tiada pula penghasilan hormon progesteron oleh ovari. Inilah yang diterangkan kepada anda sebelum ini.
Bagi kes seperti anda, pemberian ubat mengandungi hormon menyerupai progesteron dapat menurunkan haid. Bagi wanita yang ketiadaan pengeluaran telur, ia akan kelihatan seolah-olah wanita itu terpaksa bergantung kepada pil hormon ini untuk menurunkan haid.
Rawatan asas adalah untuk membesarkan telur supaya ia boleh matang dan keluar (ovulasi) bagi melengkapkan kitaran haid. Bagi kumpulan wanita yang menginginkan anak, pemberian ubat subur dalam jenis dan dos bersesuaian dapat menjayakannya. Tetapi ubat ini mungkin kurang sesuai untuk wanita yang belum berkahwin.
Satu lagi cara adalah menurunkan berat badan. Walaupun sukar diamalkan, menurunkan berat badan kepada tahap ideal lazimnya dapat mengembalikan ovulasi dan seterusnya mengembalikan aturan kitaran haid wanita. Buat permulaan, anda boleh mencuba menurunkan sebanyak lima peratus saja daripada berat badan sekarang. Ini kerana, dalam sekumpulan kecil kes, menurunkan berat badan sekecil ini dapat mengembalikan kitaran haid dan seterusnya kesuburan.
Anda juga mungkin mengalami jangkitan kemaluan yang lazimnya berada di dalam faraj. Ia mudah dirawat. Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, jangkitan ini lebih mudah berlaku.
Saturday, May 31, 2014
Pengalaman Pesakit - Ovarian Cycst
Pesakit ini mempunyai ketumbuhan ovarian cycst. Beliau mendapatkan rawatan yang konsisten di klinik kesihatan dan juga dapat mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Setelah menjalani rawatan beberapa kali dan mengamalkan surah-ayat yang diberi, pesakit datang membawa gambar daripada pemeriksaan "ultra sound" yang menunjukkan "cycst" beliau sudah tiada. Alhamdulillah.
Friday, May 30, 2014
Pengalaman Pesakit - Kanser Tirod
Pesakit ini telah disahkan mengalami kanser tirod. Beliau dijadualkan membuat pembedahan, kemudian Pesakit ini telah pergi mendapatkan rawatan dengan al hidayah. Pesakit ini. mengamalkan surah-ayat2 yang diberi dengan konsisten. Pembedahan diteruskan dan berjalan lancar. Keputusan yang mengejutkan diterima daripada pihak makmal apabila sampel sel yg dibedah dan dihantar ke makmal tidak mempunyai ciri-ciri kanser. Alhamdulillah. Pesakit ini. masih terus beramal dengan membaca Al Quran dan berdoa, semoga Pesakit ini pulih daripada sakit kanser sepenuhnya, amin.
Pengalaman Pesakit - Gangguan Jin
Pesakit ini mengalami masalah gangguan makhluk halus. Beliau pernah pengsan dan tidak dapat aktif semasa di sekolah. Setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan surah-ayat yg diberikan, Alhamdulillah Pesakit ini telah pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan yang normal seperti rakan sebaya yang lain.
Pengalaman Pesakit - Kanser Yang Jenis Agresif.
Dua pesakit yang mengidap penyakit kanser yang jenis agresif. Semasa menjalani rawatan di hospital, mereka juga mendapatkan rawatan di al hidayah. Al fatihah untuk mereka, Allah telah menjemput mereka dalam bulan Mei 2014. Kita hanya berikhtiar, Allah yang menyembuhkan. Kita mesti redha dengan ketentuan Allah.
Pengalaman Pesakit - Gangguan Jin
Pesakit ini. sering mengalami gangguan semasa tidur., beliau merasakan dikejar oleh makhluk yg ingin membunuhnya, Pesakit ini sering terjaga daripada tidur dan trauma untuk tidur. Setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan ayat-ayat yang diberi, Alhamdulillah beberapa minggu kemudan, Pesakit ini telah pulih sepenuhnya.
Pengalaman Pesakit - Ketumbuhan Dibelakang Mata
Pesakit ini mempunyai ketumbuhan dibelakang mata. Ianya perlu pembedahan utk mengeluarkan ketumbuhan tersebut. Penglihatan Pesakit ini semakin terjejas. Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan ayat2 yang diberi , didapati ketumbuhan itu menjadi lembut, prosedur pembedahan digantikan dengan prosedur sedut melalui hidung sahaja. Penglihatan Pesakit ini semakin pulih.
Pengalaman Pesakit - Keracunan Makanan
Pesakit ini mengalami keracunan makanan dan buang air daripada masa ke semasa. Alhamdulillah setelah mendapatkan rawatan dan mengamalkan ayat-ayat yang diberi daripada Surah Anfal, Pesakit ini pulih.
Pengalaman Pesakit - Bayi Pra Matang
Alhamdulillah setelah mengamalkan ayat yang diberi daripada surah maryam, Pesakit ini telah berjaya melahirkan anaknya dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)