Sunday, June 15, 2014

Kimoterapi

Ada 50 ubat antikanser


http://www.hmetro.com.my/articles/Ada50ubatantikanser/Article
Oleh Siti Zarinah Sahib
Penulis pernah bertemu pesakit kanser payudara yang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi sehingga mampu menjalani kehidupan lebih baik daripada apa yang dijangka. Walaupun mengalami beberapa gejala seperti keguguran rambut sehingga botak, muntah yang teruk dan mengalami kepanasan badan melampau, wanita ini tetap melaluinya sehingga sel kanser tiada lagi di dalam badannya.
Keadaan ini berbeza ­dengan seorang pesakit kanser yang menolak untuk menjalani kemoterapi disebabkan pelbagai ang­gapan buruk. Dia hanya bersedia menjalani rawatan tradisional dan me­ngambil ubat-ubatan doktor saja. 
Memperkatakan kemoterapi sudah cukup menyebab­kan individu meng­geleng kepala sebagai tanda takut atau tidak bersedia terutama bagi penghidap kanser. Bagi yang belum melalui rawatan ini, pasti membayangkan kesan sampingan seperti keguguran rambut, loya dan muntah yang teruk, demam dan panas badan melampau. Jarang sekali pesakit memberikan gambaran positif mengenainya, jika ada hanya mereka yang bernasib baik dan dapat melalui kesan berbeza.

Disebabkan gambaran negatif mengenai kesan sampingan yang teruk akibat kemoterapi, sering kali ia dijadikan alasan pesakit untuk mengelak daripada mendapatkan rawatan. Namun sebenar­nya tidak semua pesakit akan melalui kesan sama seperti yang digambarkan.
Foto
RAWATAN kemoterapi menerusi suntikan.

Menurut Perunding Klinikal Onkologi Hospital Pakar Damansara Dr Sangeetha Poovaneswaran, rawatan kemoterapi akan diberikan kepada pesakit kanser bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi mereka.

Rawatan ini dilakukan menggunakan ubat-ubatan antikanser yang diberikan untuk memusnah dan me­ngawal sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah sehingga ke seluruh badan untuk membunuh semua sel termasuk sel kanser yang tidak dapat dibuang melalui pembedahan atau dimusnahkan oleh rawatan radioterapi.

Kaedah pemberian kemoterapi bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi dan jenis ubat yang digunakan. Biasanya kemoterapi diberikan melalui dua cara iaitu melalui mulut, suntikan ke dalam salur darah sama ada menggunakan jarum suntikan atau infusi (drip). Ubat kemoterapi juga boleh diberikan melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit. Kadangkala ia boleh disuntik ke dalam tulang belakang, paru-paru atau pundi kencing, jika rawatan ini diperlukan bergantung kepada jenis ­kanser.

Pesakit juga mungkin menerima satu atau pelbagai jenis ubat pada masa berbeza. Ubat-ubatan yang diberikan mungkin dalam bentuk tablet atau suntikan atau kedua-duanya sekali.

“Dalam bidang perubatan, terdapat hampir 50 ­jenis ubat-ubatan antikanser dan dikategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan ataupun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat sekali gus. Ia juga ­dijalankan menerusi kaedah suntikan atau pemberian ubat makan bergantung kepada tahap kanser yang mereka hadapi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Secara amnya, semua ubat kemoterapi berfungsi mematikan sel kanser ­dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel.

“Ini dilakukan ­dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel kanser melalui pelbagai kaedah seperti mengikat (cross-linking) ataupun memotong DNA itu. Akibat kerosakan DNA ini, maka sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel kanser yang cepat membiak. Kadang­kala ubat ini tidak dapat membezakan antara sel kanser dan sel normal yang juga cepat membiak seperti sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutama ovari, sel rambut dan juga sel sum-sum tulang. Sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi. Bagaimanapun dengan kaedah rawatan terancang dan teliti oleh pakar, kesan ini dapat diminimumkan malah jika sekiranya berlaku ia lebih bersifat sementara,” katanya.

Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain seperti radioterapi dan pembedahan mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan.

Menurut Dr Sangeetha, sebelum pesakit menjalani kemoterapi, doktor yang merawat biasanya akan me­ngambil kira beberapa faktor sebelum menyarankan bentuk kemoterapi yang akan diberikan. Antaranya jenis kanser, lokasi kanser pada badan, sebaran sel kanser dan kesihatan secara umum.

Berdasarkan faktor ini, doktor akan menyarankan bentuk rawatan paling sesuai untuk pesakit.

Mengenai tempoh atau kitaran kemoterapi yang perlu dijalani pesakit, jelas Dr Sangeetha, satu regim kemoterapi akan diberi berdasarkan protokol rawatan yang ditetapkan. Oleh itu, kekerapan untuk mendapat kemoterapi bergantung pada protokol yang digunakan. Setiap regim biasanya membabitkan beberapa kitaran diikuti tempoh rehat di antara rawatan.

“Tempoh rehat biasa­nya lebih lama berbanding rawatan. Oleh itu, lebih ­banyak masa anda tidak diberikan kemoterapi. Tempoh rehat sebenarnya bertujuan membenarkan badan untuk menyembuhkan kesan yang tidak diingini oleh tindakan ubat-ubatan. Jika lebih ­banyak kitaran yang perlu anda lalui, tempoh rehat akan menjadi lebih lama atau dipanjangkan.

“Tempoh rawatan pula sangat bergantung kepada tindak balas sel kanser dengan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika sel kanser atau tumor pada badan anda mengecil dengan cepat, maka rawatan anda juga akan menjadi lebih cepat,” jelasnya.

Biasanya doktor mungkin akan memilih untuk memberi rawatan selama beberapa minggu dan kemudian memeriksa tahap kesihatan pesakit. Keseluruhan­nya, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghabiskan satu regim kemoterapi.

Kemoterapi memberi kesan terhadap kehidupan individu. Di samping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, pesakit juga mungkin sukar untuk bercakap apa yang mereka rasai.

“Pesakit juga mungkin mengalami masalah emosi dan tidak mahu bertemu orang ramai. Dalam hal ini, pesakit memerlukan sema­ngat dan sokongan keluarga. Dengan memahami cara kemoterapi bertindak ke atas sel normal dan sel kanser, diharap pesakit akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampi­ngan yang dialami sepanjang rawatan ini. Apa yang ­penting, pesakit perlu sentiasa berfikiran positif dan bersemangat menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.


Cara mengatasi kesan sampingan

Loya dan muntah serta keguguran rambut antara kesan sampingan kemoterapi yang paling kerap berlaku dan ada ketikanya pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital untuk merawat masalah muntah.

Kesan sampingan ini sering menjadi kebimbangan pesakit dan boleh terjadi semasa atau selepas ­menjalani kemoterapi, tetapi biasanya kesan ini hanya sementara. Ada beberapa cara untuk mengurangkan gejala muntah antaranya:

- Minta doktor memberi ubat penahan muntah dan makan ubat ini setengah jam hingga satu jam ­sebelum mengambil makanan.

- Makan sedikit tetapi kerap kerana ia lebih senang dihadam berbanding mengambil makanan dalam jumlah yang ­banyak sekali gus. Mengelak daripada mengambil makanan untuk jangka masa yang lama (jangan biarkan perut kosong terlalu lama), selalunya tidak akan membantu.

- Elak daripada me­ngambil minuman dengan banyak semasa makan kerana ia akan menyebabkan pesakit rasa kembung. Minumlah secukupnya di antara masa makan untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.

- Makanan yang sejuk atau suam biasanya lebih sesuai berbanding makanan panas.

- Elakkan berbaring selepas makan. Berjalan-jalan sebelum dan selepas makan boleh membantu penghadaman.

- Jika bau makanan yang dimasak menyebabkan pesakit berasa loya, mintalah orang lain menyediakannya.


Keguguran rambut yang teruk disebabkan kerosakan sementara pada folikel rambut hanya berlaku pada sesetengah ubat kemoterapi. Ada pesakit yang tidak mengalaminya.

Rambut biasanya akan mula gugur dua atau tiga minggu selepas kemoterapi bermula. Ia akan tumbuh dalam masa tiga ­hingga empat bulan ­selepas ­semua pusingan kemoterapi ­selesai. Tetapi ada sesetengah pesakit yang akan me­ngambil masa lebih lama iaitu enam hingga 12 bulan selepas kemoterapi berakhir. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan akibat keguguran rambut:

1. Potong rambut sebelum memulakan kemoterapi supaya kesan keguguran rambut tidak ketara.

2. Gunakan tudung atau dengan gaya yang disukai sebelum kesan keguguran rambut menjadi ketara.

3. Elak menggunakan pewarna rambut, penyembur rambut, kerinting rambut dan kepanasan ­melampau daripada ­pengering rambut. Gunakan sikat atau berus lembut dan elakkan ­menyikat atau memberus rambut dengan kuat.


Selain itu, pesakit juga akan sering demam disebabkan daya ketahanan badan yang lemah. ­Untuk itu, pesakit tidak digalakkan keluar bertemu orang ramai ketika masih dalam rawatan kemoterapi. Mereka digalakkan memilih makanan ­berkhasiat dan seimbang supaya sihat dan bertenaga. Tiada pantang ­larang bagi pesakit kanser asalkan mereka mengambil makanan seimbang mengikut gizi seimbang.

“Apa yang menjadi masalah apabila ada pesakit mengamalkan pantang larang yang tidak sepatutnya seperti tidak makan daging atau ikan, tidak makan buah dan sesetengah sayuran ­sehingga berat badan turun mendadak. Walaupun ketika kemoterapi mereka hilang selera makan, mereka harus mengambil makanan yang mereka sukai. Misalnya jika tidak mampu menjamah nasi, boleh makan bubur ­dengan kandungan protein seperti ayam atau ikan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran hijau serta buah-buahan dalam menu harian.

“Ketika rawatan, menjaga pemakanan sangat penting. Ini kerana makanan diambil akan mempengaruhi perkembangan kesihatan sama ada positif atau sebaliknya. Elakkan mendengar petua yang tidak sepatutnya, sebalik­nya tanya pakar mengenai makanan yang perlu diambil,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

2 comments:

  1. selpas kimo anda akan merasai pelbagai simpton, loya, lemah dan lain2..
    percaya atau tidak vivix dapat membantu pesakit kanser? sebaik kimoterapi?
    wtapp saya untuk dapatkan keterangan lanjut berenaan ini..
    0136240955

    ReplyDelete
  2. Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete